Monday, January 3, 2011

terlalu merasa mahu hebat


Taliban menimbak Hampir terkena tentara AS Tentara afghanistan yang terlalu menunjukan diri bahawa dia yang terhebat dari tentera amerika ,atau kata lain di saja yang punya nyali,tetapi tidak kena pada tempat,lalu tertembak.

meludah muka orang-tv brazil


meludah Makanan keluar dari MulutNya terkena Wajah orang.

BRAZIL: (TV Prank) Seorang wanita dan suami kasar dia berbicara dengan mulut penuh makanan lelucon orang-orang yang lengah diminta untuk arah.

Binatang Paling Berbahaya

anjing ini bersikap lain dari yang lain,lain yang di ajar lain yang dibuat.

anjing pemalas

anjing pemalas,kenapa di bersikap begitu itu kurang pasti,sepertinya di merajuk.

Penumpang yang paling aneh dari Metro Moskow!




Tuyul Berubah Jadi Kucing Hitam Saat Tertangkap

Warga Dusun Banjarejo, Desa Banjaragung, Kecamatan Bareng, Jombang mendadak gempar. Pasalnya, salah seorang warganya berhasil menangkap sesosok Tuyul. Namun aneh, ketika ditangkap tuyul tersebut berubah menjadi kucing hitam bermata mengkilat.

Kontan kabar itu membuat ratusan warga langsung berkumpul di rumah Saunan (50), dukun tersebut, Sabtu (01/01/2010). malam.

Informasi yang dihimpun, peristiwa mistis ini terjadi sekira pukul 21.00 WIB. Saunan yang dikenal sebagai 'orang pintar' mengaku mendapat keluhan dari warga karena akhir-akhir ini banyak kehilangan uang. Dengan kekuatan batin yang dimilikinya, akhirnya Saunan melihat bahwa kejadian yang menimpa warga itu adalah ulah sesosok tuyul.

Saunan pun bersedia membantu warga untuk menangkap Tuyul tersebut. Karena kekuatan Tuyul ini sangat besar, Saunan pun meminta bantuan rekannya sesama ahli supranatural asal Sidoarjo. Dengan ritual mistis yang tak jauh dari rumahnya, Saunan dan rekannya pun mengaku berhasil menangkap sosok tuyul yang meresahkan warga itu.

Kabar penangkapan Tuyul itu, sontak membuat ratusan warga segera berduyun-duyun memadati depan rumah Saunan, yang terletak di depan masjid. Selain warga setempat, massa juga berasal dari luar desa.

Mereka ingin melihat langsung kucing jadi-jadian yang sebenarnya tuyul. “Katanya, tuyul akan diarak menuju rumah pemiliknya. Ya kami, langsung penasaran,” ungkap seorang warga.

Menurutnya, kalau dirinya diperkenankan Allah, tuyul tersebut akan diwujudkan dalam bentuk kucing hitam, yang konon disebut seringkali mencuri uang warga.

“Yang jelas, tuyul ini kalau beraksi berubah menjadi kucing hitam. Tapi enggak perlu saya ungkapkan siapa pemiliknya, karena rencananya memang akan saya arak, biar tuyul tersebut tunjukkan sendiri siapa pemiliknya,ujar Saunan.-okezone

Entiti Indonesia Part 5

Penampakan pocong Balikpapan


kalau dilihat itu adalah sosok pocong,mungkin saja kebetulan pocongnya sedang lapar terus mahu ikutan makan kali ya!

Top 10 UFOs Of 2010



gambar ini yang terbaik dalam 10,apa mungkin ini alien? atau ini adalah hantu.

Penjara Abu Ghraib berhantu




Penduduk dibayangi kisah ngeri tahanan diseksa


BAGHDAD: Penduduk yang tinggal berhampiran Penjara Abu Ghraib berkata, kisah tahanan yang pernah didera dan disiksa di penjara itu kini bagaikan satu sumpahan kepada mereka, terutama apabila khabar angin mengatakan ia kini berhantu manakala roh banduan yang mati masih berlegar di situ.
Walaupun namanya sudah ditukar kepada Penjara Pusat Baghdad, anggota pengurusan sudah diganti dengan yang baru tetapi cerita ngerinya terus menghantui penduduk tempatan dan ramai masih menggelarkannya ‘rumah syaitan’ selepas ditadbir tentera Amerika Syarikat atas arahan Presiden George W Bush.
Insitut Bagi Laporan Perang dan Keamanan (IWPR) berkata kisah kekejaman di Penjara Abu Ghraib mula diketahui apabila imej dan laporan mengenai tahanan yang didera pegawai tentera Amerika dan agensi lain tersebar di seluruh dunia pada 2004.

Bukti penderaan fizikal, seksual dan psikologi membawa kepada pendakwaan ke atas 11 askar Amerika, manakala gambar yang mengejutkan menjadi lambang kekejaman pencerobohan Washington di Iraq.

Penjara Abu Ghraib diserahkan kepada pihak berkuasa Iraq pada 2006 dan dibuka semula secara rasmi pada 2009, sebagai Penjara Pusat Baghdad. Hari ini ia menempatkan seramai 4,200 banduan dan mempunyai kira-kira 900 pegawal keselamatan dan kakitangan sokongan.

Beberapa tahun selepas tersebarnya kisah penderaan itu penduduk tempatan, kebanyakannya Arab Sunnah, menyalahkan kisah ngeri di sebalik jeriji Abu Ghraib sebagai punca masalah ekonomi, sosial dan emosi penduduk di sekitarnya.
Menurut penduduk tempatan, pendaftaran ke sekolah rendah semakin merosot, manakala 150 hektar tanah pertanian terbiar tidak diusahakan. Kira-kira 70 peratus daripada 450 buah rumah berhampiran penjara itu kini kosong. Ramai diantara mereka berkata penjara itu berhantu.

“Saya sering mentertawakan suri rumah di kejiranan saya apabila mereka berkata anak mereka mengalami mimpi buruk atau ketika mereka bercakap mengenai hantu yang mengetuk pintu dan cuba memasuki rumah dan menyebabkan dapur bersepah,” kata seorang suri rumah di daerah Abu Ghraib, Gurfan Ala.

“Bagaimanapun, anak lelaki saya yang berusia lapan tahun, Rafed mula mengadu banyak perkara pelik berlaku kepadanya. Saya memberitahu suami saya mahu berpindah ke rumah adik saya di Baghdad tetapi dia belum mengambil sebarang tindakan. Saya kerap membaca al-Quran dan bersolat untuk menenangkan diri,” katanya lagi.

Ramai ibu bapa yang bercakap dengan IWPR melahirkan kebimbangan mengenai kesihatan mental anak mereka, tidak terkecuali seorang guru sekolah, Sana Ala yang mengajar di kelas menghadap ke penjara itu.

Ala berkata kebanyakan pelajar yang pintar sudah dipindahkan ke sekolah lain manakala bilik kelasnya sering dikaitkan dengan gosip mengenai kehadiran roh dan hantu.

“Kami menampal kertas surat khabar di tingkap dan menggantikan tingkap lain dengan kaca berwarna. Kami tidak membenarkan murid pergi ke belakang sekolah kerana ia menghadap ke penjara itu,” katanya.

Reputasi Penjara Abu Ghraib juga menyebabkan ejen hartanah Ibrahim Abbas berdepan masalah dan berkata hanya 30 peratus kejiranan al-Shodana kini mempunyai penghuni, manakala mereka yang tinggal kebanyakannya pelarian atau tiada tempat lain untuk dituju.

“Jika anda mahu membeli rumah di sini, anda akan dapati penghuninya bersedia menjual rumah mereka dengan diskaun sehingga 75 peratus. Ada penduduk menyewakan rumah mereka tetapi selepas beberapa ketika penyewa berpindah kerana percaya penjara itu membawa sial kepada kawasan sekitarnya.

“Penduduk bercakap mengenai hantu dan roh yang menghuni rumah itu. Sebilangan mereka mendakwa mendengar bunyi jeritan akibat penyiksaan. Mereka percaya jeritan itu adalah suara tahanan yang disiksa dan dibunuh di Penjara Abu Ghraib,” katanya. – Agensi

Makhluk halus tinggalkan RM10

2011/01/02

Rumah ibu tunggal, keluarga kena ganggu

KOTA BHARU: Rumah misteri yang dikatakan diganggu makhluk halus di Kampung Bunga Emas, Panambang, dekat sini sejak seminggu lalu terus mendapat perhatian dan dikunjungi orang ramai.
Kemuncak kepada perhatian orang ramai apabila pemilik rumah berkenaan, Zainab Sulaiman, 75, memanggil bomoh untuk menghalau makhluk halus itu petang semalam.
Malah ketika bomoh berkenaan, Abdul Razak Mohamad, 50, melakukan kerja menjampi di ruang tamu rumah itu tiba-tiba keluarga itu dikejutkan dengan kejadian kebakaran pada kain dan tilam di bahagian dapur dan bilik tidur Zainab.

Zainab berkata, gangguan itu agak reda sedikit selepas penduduk kampung mengadakan solat hajat secara beramai-ramai selepas solat Jumaat semalam.

“Kira-kira jam 3 petang semalam, saya terjumpa sekeping wang kertas bernilai RM10 yang tercatat dakwat merah ditulis perkataan ‘Selamat Tinggal Semua’ dipercayai dilakukan oleh makhluk halus itu,” katanya kepada pemberita.

Sejak seminggu lalu, gangguan makhluk halus itu semakin kerap berlaku apabila beratus-ratus helai pakaian Zainab dan cucunya dibakar dan dikoyakkan selain membakar tilam, selain merosakkan beras dengan mencampurkan dengan pewarna serta budu.
“Memang cara makhluk halus ini mengganggu kami seolah-olah sengaja mengkhianati dan berdendam dengan keluarga kami,” kata Zainab, seorang ibu tunggal yang kematian suami sejak 30 tahun lalu.

Zainab berkata, beliau sudah puas berikhtiar sehinggalah Anggota Dewan Undangan Negeri Kijang, Wan Ubaidah Wan Omar membantu mendapatkan bomoh.

Gangguan makhluk halus itu kebiasaannya berlaku antara jam 7 pagi hingga malam pada setiap hari.

“Kadang-kadang kelihatan api menyala di bahagian tamu rumah, apabila kami berkejar memadamkan kebakaran itu, kelihatan pula api menyala di bahagian dapur dan dalam bilik pula.

“Kami sudah membaca ayat al-Quran dan berdoa supaya dilindungi daripada gangguan makhluk halus itu, tetapi tidak juga dapat dihapuskan, sehinggalah kami panggil bomoh dan solat hajat beramai-ramai,” katanya. – BERNAMA