Monday, October 11, 2010

Pekerja hotel pakai seluar dalam wanita

2010/10/10
ILLINOIS: Seorang wanita mengemukakan saman terhadap seorang pekerja hotel, Oscar Garcia-Franco, selepas mendapati tertuduh memakai seluar dalamnya.

Dayanara Fernandez memasuki bilik hotelnya di Deerfield, Illinois, apabila melihat pekerja hotel itu memakai skirt, seluar dalam dan kasut tumit tingginya.
Lelaki itu dikenakan tuduhan berkelakuan tidak senonoh dan dikenakan denda AS$187 (RM600) selain pemantauan mahkamah selama 90 hari.
Dalam saman itu, wanita terbabit menuduh pekerja hotel itu mencabul hak peribadinya, masalah emosi serta mendakwa hotel cuai mengambil dan melatih pekerja.

“Mungkin ada yang tertanya-tanya berapa kali Garcia-Franco terasa mahu mencuba pakaian wanita,” kata akhbar.

Reaksi Fernandes ketika melihat seluar dalamnya dipakai orang tidak pula dilaporkan akhbar di sini. – Agensi

No comments: