Oleh Suhaiza
Buah terung yang ganjil bercabang dua.
KUALA BELAIT, 10 Ogos - Bercucuk tanam memang sudah sebati dengan Awang Haji Rosli sejak muda hingga kini berusia lebih 50 tahun, tetapi tidak pernah berpengalaman melihat keganjilan pada buah terung sebelum ini. Ketika memetik tanaman itu yang ditanamnya sebulan lalu hari ini, beliau amat terkejut melihat keganjilan pada sebiji daripada buah itu.
Buah terung itu bercabang dua dalam satu tampuk dengan saiz berbeza; satu besar dan panjang dan satu lagi agak pendek dan kecil sedikit.
Menurut Awang Haji Rosli, lebih 40 pokok sayur terung ditanam di kawasan depan dan belakang rumahnya di Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan Satu.
Sejak tinggal di sana selama 18 tahun, barulah kali ini beliau menemukan buah yang ganjil itu, katanya.
Bagaimanapun terung ganjil itu akan dijadikan benih untuk meningkatkan tanamannya.
Selain terung, Awang Haji Rosli juga menghiasi laman rumahnya dengan tanaman sayur-sayuran lain dan buah-buahan untuk keperluan mereka sekeluarga.- mediapermata
No comments:
Post a Comment