srael rancang keluar bateri pintas roket
|
|
BAITULMAQDIS 9 Mei - Israel merancang melabur sebanyak AS$1 bilion (RM3 bilion) dalam pembangunan dan pengeluaran bateri untuk sistem pintasan roketnya, Iron Dome.
Pengarah Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral Udi Shani memberitahu akhbar Haaretz bahawa lima negara telah pun menyatakan minat terhadap sistem berkenaan yang berjaya digunakan dalam memintas serangan roket dari Gaza pada awal April lalu.
Bagaimanapun, Shani dalam temubual pertamanya sejak dilantik pada Januari lalu, memberi amaran bahawa kapasiti sistem itu perlu diletakkan dalam perspektif terlebih dahulu.
''Kami perlu menyesuaikan jangkaan berhbung Iron Dome. Kami berjaya mencapai kapasiti operasi lebih awal daripada dijangkakan tetapi ia bukan satu sistem yang boleh memmastikan pintasan roket dalam setiap situasi,'' ujarnya. - AFPsumber
No comments:
Post a Comment