Tuesday, May 10, 2011

Rakaman audio terakhir Osama


DUBAI 9 Mei - Osama bin Laden memberi amaran dalam rakaman audio terakhirnya sebelum dia dibunuh oleh komando Amerika Syarikat (AS) bahawa AS tidak akan selamat selagi keselamatan rakyat Palestin tidak dijamin, lapor sebuah laman web Islam - Shamikh1.net.
Mesej Osama dalam rakaman audio itu yang ditujukan kepada Presiden AS Barack Obama menyebut: ''AS tidak boleh bermimpi menikmati keamanan selagi keselamatan rakyat Palestin tidak dijamin.



"Adalah tidak adil anda (AS) hidup dengan aman, sedangkan saudara kami di Gaza hidup dalam keadaan tidak aman.
"Adalah adil, dengan izin Tuhan, kami akan meneruskan serangan selagi anda terus menyokong Israel," amaran Osama yang dimuat naik di dalam laman web itu yang digunakan sebagai cara al-Qaeda berkomunikasi. - AFP
Pengasas al-Qaeda itu berkata, dia pernah cuba menghantar mesej kepada AS melalui rakyat Nigeria, Umar Farouk Abdulmutallab yang cuba meletupkan bom dalam sebuah kapal terbang menuju ke Detroit pada Disember 2009.
"Jika kami boleh menghantar mesej menerusi kata-kata kepada kamu (Obama), kami tidak akan menggunakan kapal terbang untuk menghantarnya.
"Mesej yang kami mahu hantar melalu kapal terbang itu melalui wira kami, Umar Farouk itu, semoga Tuhan bersamanya, mengesahkan mesej yang dihantar sebelum itu oleh wira kami dalam serangan 11 September," katanya yang jelas merujuk kepada insiden serangan ke atas AS pada 11 September 2001.
Rakaman audio selama 1.02 minit itu tidak menyentuh tentang pemberontakan yang sedang berlaku di dunia Arab.
Bagaimanapun, kumpulan jihad berkata rakaman audio itu dibuat seminggu sebelum kematian Osama, juga mempunyai mesej kepada mereka.sumber

No comments: