Thursday, October 6, 2011

Libya´s ex-leader Gaddafi bought hi-tech russian missiles Oct 5 2011

Libyan govt forces claim to control half of Sirte

Interim government forces in Libya claim they now control half the city of Sirte, the birthplace of ousted leader Muammar Gaddafi.








santet

Perbuatan santet?

Oleh Hasrulraizan dan Salawati Haji Yahya

Wartawan Media Permata sedikit tergamam melihat boneka hitam di pangkal tiang lampu isyarat sebuah persimpangan di Mukim Sengkurong kelmarin. - Gambar oleh Yuddin HB








BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt - Menggemparkan! Apabila Media Permata menjumpai sebuah boneka hitam legam sebesar janin seperti lepas dibakar berbentuk manusia berlumuran darah, ditusuk dengan 39 batang jarum, diletakkan di atas bekas putih segi empat tepat tersadai di kaki tiang lampu isyarat di sebuah persimpangan di Mukim Sengkurong pagi ini.
Sebaik menerima maklumat daripada orang ramai, Media Permata segera pergi ke tempat dimaksudkan dan terpaksa berlegar seketika mencari tempat patung itu diletakkan.
Bagaimanapun, seketika kemudian tatkala menoleh ke satu arah di pangkal tiang lampu isyarat di tengah jalan raya, wartawan Media Permata yang berada di situ tergamam melihat terdapat sebuah bekas plastik putih yang di dalamnya terletak sebuah boneka hitam yang agak 'menyeramkan' itu.
Menurut seorang pakar tempatan dalam bidang berkaitan gangguan makhluk halus, Ustaz Dr Haji Mohammad Adi Zaky Haji Matasim, boneka itu merupakan barang sihir jenis "santet" yang bertujuan bagi menyakiti orang yang disasarkan sama ada sekadar bisa-bisa di badan ataupun sakit seperti benar-benar ditusuk benda tajam di 39 tempat sepertimana yang ditusuk kepada boneka itu.
Sihir jenis ini biasanya diupahkan kepada pengamal ilmu hitam dari Indonesia, katanya sambil menjelaskan tujuan orang yang mengupahkan itu sememangnya benar-benar untuk menyakiti orang yang ditujunya memandangkan jumlah tusukan jarum yang digunakan sangat banyak.
Ditanya sama ada ilmu sihir jenis santet itu boleh membunuh, beliau berkata, bergantung pada kekuatan sihir berkenaan, kadang-kadang untuk sakit saja dan kadang-kadang untuk membunuh secara perlahan.
Beliau kemudiannya menjelaskan, melihat kepada tempat boneka itu diletakkan, berkemungkinan besar orang yang ditujui itu menggunakan jalan raya di sana sebagai jalan penghubung hariannya.
Menurut Ustaz Dr Haji Mohammad Adi Zaky lagi, sejurus orang yang dihajati itu melintasi boneka itu, sihir itu pun mengenai sasarannya.
Apabila ditanyakan petua bagi membatalkan sihir berkenaan, beliau mengungsikan dua kaedah mujarab dan yang paling mudah antara keduanya adalah dengan membuang boneka itu ke dalam air kumbahan (air kotor bekas basuhan) yang mengalir.
Kaedah kedua adalah dengan memukul boneka itu menggunakan penyapu lidi sebanyak 7 kali, namun orang yang melakukan pukulan itu perlu berhati-hati dengan membaca ayat pendinding diri terlebih dulu, ditakuti kena tempias sihir itu, katanya.
Ketika melaksanakan kedua-dua kaedah itu, orang yang melakukannya perlulah mengatakan ayat seperti "Balik lah ke tempat asalmu", terang Ustaz Dr Haji Mohammad Adi Zaky dalam temu bual bersama Media Permata melalui telefon petang ini.
Beliau juga mengingatkan kepada mereka yang hendak membuang boneka itu supaya jangan memegang boneka itu secara terus tetapi mestilah berlapik seperti memakai sarung tangan sebagai langkah berjaga-jaga, kerana di dalam boneka itu memang masih ada penunggunya (makhluk halus).
Seseorang itu boleh tahu bahawa dia telah ketempiasan ilmu sihir dari boneka itu apabila dia tiba-tiba merasa demam, pening-pening ataupun pitam dan pada waktu malam pula bermimpi buruk, ujarnya.
Oleh yang demikian orang yang ketempiasan ilmu sihir berkenaan hendaklah minum air zam-zam dengan niat dibersihkan daripada segala sihir, sambil membaca "Lahaula Wala Quwwata Illa Billahil 'Aliyyil Azim" berulang kali, sarannya.
Orang itu boleh juga menambah kaedah rawatannya dengan membasuh mukanya ataupun mencampurkan air zamzam dengan air mandinya, dengan niat dan bacaan yang sama, tambahnya.
Apabila ditanyakan apakah beliau pernah berhadapan dengan orang yang terkena ilmu sihir santet di negara ini, beliau menyatakan beliau sering dipanggil untuk mengubati orang yang terkena santet, tetapi prinsip beliau adalah mengajar dan memberikan panduan kepada mangsa itu untuk mengubati dirinya sendiri.sumber

U.F.O. (10/04/11) Austin, Texas. Pay attention to the end. 'Unidentified' Flying Object

The following pictures and videos were taken on the night of October
4, 2011, between 7:13 pm and 7:33 pm. Somewhere right outside of Austin,
Texas...







penampakan hantu kanak-kanak

video ini diambil secara tidak sengaja di pusat pemindahan banjir dewan smk beaufort. Perhatikan bayangan kanak-kanak yang berlari berhampiran dengan kanak-kanak berbaju merah,

hantu yang begini aku pernah melihat,bukan saja hantu jenis ini kanak kanak malahan ada perempuan,aku pernah di gangu hantu yang macam ini ,perempuan berambut panjang hanya nampak seperti air  dan merasuk dalam badan aku sehingga aku tidak dapat bersuara dan bergerak,hanya membaca ayat suci di dalam hati lalu di pun pergi.