Saturday, February 18, 2012

Ayam berkaki empat di Kebonarum, Klaten, Jawa Tengah





KLATEN - Sebuah perkampungan di Kebonarum daerah Klaten, Jawa Tengah menjadi popular sejak sebulan lalu selepas kemunculan seekor ayam berkaki empat.
Kampung Pluneng itu mendapat perhatian orang yang ingin menyaksikan sendiri kebenaran mengenai cerita ayam berkaki empat itu.
"Setiap hari berpuluh-puluh orang datang ke rumah saya untuk melihat ayam aneh itu.
"Selain berkaki empat, ayam saya itu juga mempunyai dua saluran najis," kata pemiliknya, Carik kepada MICOM.
Ayam yang diberi nama Tinuk itu dilaporkan berusia 35 hari.
Menurut Carik, dia tidak akan menjual ayam itu, walaupun pernah ditawarkan dengan harga 320,000 rupiah (RM108).
"Ayam seperti ini jarang ditemui dan saya akan memeliharanya," ujar Carik. - AGENSI

link:- utusan

POKOK pisang mempunyai tiga tandan dan lima jantung pisang di Wonogiri, Jawa Tengah





WONOGIRI - Kebiasaannya pokok pisang hanya mengeluarkan hasil setandan dan sebiji jantung pada satu-satu masa.

Namun, sebatang pokok pisang di wilayah Wonogiri di Jawa Tengah mempunyai keajaiban tersendiri apabila mempunyai tiga tandan pisang dan lima jantung.

Pemilik pokok pisang setinggi empat meter itu, Sarman, 64, berkata, setiap tandan pisang tersebut mempunyai tujuh hingga lapan biji pisang serta lima biji jantung.

"Dua biji jantung ini tumbuh di bahagian paling atas, manakala dua lagi jantung di bahagian paling bawah dan bakinya di bahagian tengah pokok.

"Saya tidak pernah bermimpi atau mendapat sebarang petanda mengenai pokok pisang aneh ini," katanya kepada suaramerdeka.com

Sarman berkata, dia menyedari hal itu ketika sedang membersihkan laman rumahnya dua minggu lalu.

Keanehan pokok itu turut menarik perhatian jiran-jirannya yang tidak henti-henti datang ke rumahnya untuk melihat keajaiban tersebut.

Dia menganggap keganjilan itu mungkin disebabkan pengaruh genetik pokok terbabit.

"Saya bertekad untuk menjaga pokok pisang ini sehingga buahnya masak dan hasilnya boleh dimakan bersama anak dan isteri.

"Jika ada jiran yang teringin mencuba buah itu nanti, saya tidak keberatan untuk memberikannya kepada mereka," katanya. - AGENSI

link :- utusan

Dua Dunia - Rawa Pening 17.2.2012













FULL