Monday, August 30, 2010

Gunung Sinabung muntah lahar dalam letusan pertama sejak 400 tahun







SEORANG lelaki bersama anaknya melihat lahar panas dan pasir dari Gunung Sinabung di Utara Sumatera, Sumatera, semalam.



JAKARTA: Sebuah gunung berapi di barat Indonesia memuntahkan lahar panas dan pasir ke udara awal pagi semalam dalam letusan pertamanya sejak 400 tahun.

Pakar gunung berapi kerajaan Surono, berkata Gunung Sinabung di wilayah Sumatera Utara mula menggelodak beberapa hari lalu dan letusan kecil berlaku pagi semalam, tetapi kebanyakannya sudah berhenti.

a melonjakkan pasir dan debu sehingga 1.5 kilometer tinggi, namun lahar hanya bergerak berhampiran kawah gunung berapi. Ia tidak menyebabkan kerosakan besar, tetapi hanya debunya meliputi tanaman dan pokok, katanya.
Beliau berkata kali terakhir Gunung Sinabung meletus pada 1600, justeru pemerhati tidak tahu corak letusan gunung berapi terbabit dan kini memantau rapat aktivitinya.

Perpindahan di cerun gunung bermula Jumaat lalu ketika tanda pertama aktivitinya. Sehingga 10,000 penduduk yang melarikan diri kini tinggal di bangunan kerajaan, rumah beribadat dan pusat perpindahan lain di dua bandar berhampiran.

Indonesia, negara kepulauan terbesar, berada di atas ‘Lingkaran Api,’ lengkung gunung berapi dan garis gelincir yang mengelilingi kawasan tadahan Pasifik. – AP

No comments: