Sunday, September 19, 2010

hantu penangalan dan kisahnya

hantu ini bisanya disebut berbalan atu kata lain penangalan,di brunei hantu ini sering diceritakan dari nenek moyang dari zaman kezaman,berbalan ini biasanya mengangu orang yang sedang hendak melahirkan anak,dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang
berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana
bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebutberbalan ini darahnya beracun,darah yang menitik dari perutnya bisa menjadikan ia berkudis,berbalan ini adalah dari orang yang mengamalkan ilmu hitam,biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi
sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala
dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut
terurai-urai,Mereka yang menuntut ilmu
penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut
mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka.
Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala
mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan
terbongkar,hantu penangalan ini di indonesia juga ada di kelamantan.


No comments: