Tuesday, December 21, 2010

Upin Ipin buat warga resah

tangannya itu lah baju ini buat warga resah.








Inilah gambar Kemeja T yang dimaksudkan itu.


BANDAR SERI EBGAWAN, Ahad - Media Permata baru-baru ini menerima panggilan daripada seorang pengunjung ke salah sebuah gedung jualan di negara ini yang didapati menjual baju kemeja T yang dianggap tidak berasas.

Kemeja T yang dijual itu memaparkan gambar watak kartun popular yang menjadi idola kanak-kanak Upin Ipin, memakai rantai salib dan menunjukkan simbol tangan yang tidak senonoh.

Sedangkan watak karton popular itu sering menampilkan cara hidup Islam yang kuat serta nilai moral yang tinggi.

"Watak dalam cerita itu selalu memberikan gambaran kehidupan yang berpengajaran bagi kanak-kanak, malangnya kemeja T yang dijual di gedung berkenaan dicemarkan dengan gambar salah seorang watak itu yang memakai rantai salib dan menunjukkan simbol tangan yang tidak senonoh," katanya.

Pemanggil itu menegaskan, "bagaimana baju seperti ini boleh dijual di negara kita dan ia boleh menjejaskan imej negara kita sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan zikir dan pengajaran moral yang tinggi kepada anak-anak kita?"Rakannya pula berkata penjualan baju seperti ini adalah tidak wajar dan sepatutnya pihak penjual memeriksa baju yang dijual kerana ibu bapa biasanya akan memenuhi permintaan anak-anak mereka yang meminati watak kartun negara jiran itu. :- dari media permata


watak upin ipin yang sebenarnya adalah watak yang lucu dan ketimuran,malah di ubah seperti ini,gokil! apa yang dipikirkan orang yang membuat foto baju itu?.

No comments: