Sunday, March 20, 2011

Jaga kubur waris bagi elak kecurian tali pocong

KENDAL, Jawa Tengah - Ahli keluarga kepada seorang wanita tua yang meninggal dunia 7 Mac lalu, jatuh pada malam Selasa kliwon, bertindak menjaga kubur warga emas itu sejak seminggu lalu di Lanji, Patebon di sini.
http://beanz23robin.student.umm.ac.id/files/2010/08/Kuburan-dibongkar-D.jpg
Menurut seorang daripada anak wanita tua itu, Ashrof, tradisi menjaga kubur itu dilakukan bagi mengelak kecurian tali pocong.
Katanya, tradisi menjaga kubur orang yang meninggal dunia pada malam Selasa kliwon sudah lama diamalkan penduduk.
"Ia diadakan tujuh hari bermula hari meninggal dunia," katanya.
Ditanya adakah semua kuburan mereka yang baru meninggal akan dijaga, Ashrof berkata:
"Tidak. Hanya kubur mereka yang meninggal dunia pada malam Selasa kliwon dan malam Jumaat kliwon sahaja yang akan dijaga."
Katanya, baru-baru ini satu kejadian mencuri tali pocong berlaku di daerah Brangsong di sini melibatkan kubur mangsa yang meninggal dunia pada malam Jumaat kliwon kerana tidak dijaga.
Sementara itu, jiran kepada ahli keluarga yang meninggal dunia itu, Muzamil memberitahu, dia gembira dapat membantu menjaga kubur itu walaupun tidak diberikan upah. - AGENSI

No comments: