Saturday, September 24, 2011

Duit syiling 10 sen ganjil

Duit syiling 10 sen ganjil

Oleh Hasrulraizan dan Ak Fairol RMF

Duit syiling 10 sen ganjil yang memiliki ukiran 'kepala' di kedua-dua belah permukaannya dapat dilihat secara lebih dekat lagi, dengan bantuan pantulan bayang dari cermin.
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 September - Pernahkah awda terlihat atau sekadar mendengar cerita mengenai sekeping duit syiling 10 sen Negara Brunei Darussalam (seperti syiling keluaran 70an ke 80an) yang di kedua-dua permukaannya terpapar ukiran kepala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam?
Lebih menarik lagi ukiran kepala Baginda Sultan di salah satu permukaan duit syiling 10 sen berkenaan adalah dalam keadaan terbalik iaitu kepala itu menoleh ke sebelah kiri, manakala ukiran SULTAN HASSANAL BOLKIAH di atas permukaan berkenaan dieja secara melawan pusingan jam. Media Permata sukar untuk memastikan tahun duit syiling itu dikeluarkan memandangkan ia tidak memaparkan permukaan yang terdapat ukiran 'bunga' dengan ayat 10 SEN, KERAJAAN BRUNEI dan Tahun: contohnya 1981.
Pemilik duit syiling 10 sen yang ganjil itu menceritakan bahawa beliau baru tahu beliau memiliki duit syiling berkenaan dua tahun lalu, apabila beliau mengeluarkan kesemua duit syiling yang beliau kumpul di dalam sebuah tin biskut dan disusun mengikut nilai, untuk ditukarkan kepada wang kertas di kedai runcit kerana kekurangan wang.
Seingatnya, beliau mula mengumpul duit syiling berkenaan empat tahun lalu, dan percaya beliau mungkin mendapat duit syiling 10 sen yang ganjil itu daripada salah sebuah kedai runcit di negara ini.
Pemilik duit syiling berkenaan merupakan seorang warganegara Brunei Darussalam berbangsa Cina yang berusia 43 tahun, dan beliau sememangnya seorang pengumpul duit syiling terutama sekali keluaran duit syiling 1967 dan ke bawah.sumber

No comments: